Tiada lesen memandu dan menunggang, penghantar makanan guna 'hoverboard'

oleh SALINA JALIL|
"Lebih laju menghantar pesanan makanan kepada pelanggan dengan menggunakan hoverboard (papan roda) automatik berbanding berjalan kaki," kata penghantar makanan, Lee Jia Jeh, 33.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jia Jeh adalah satu-satunya penghantar makanan yang berjalan kaki atau 'walker' yang menggunakan hoverboard (papan roda) automatik untuk menghantar pesanan kepada pelanggan di sekitar ibu kota.

 

Graduan Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu berkata, dia sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai pemandu pelancong ke Eropah, namun terpaksa menukar kerjaya akibat pandemik Covid-19.

 

Menurutnya, dia sudah hampir dua bulan menjadi 'walker' sepenuh masa demi kelangsungan hidup.

 

"Sejak Mac lalu, saya tidak mempunyai pendapatan disebabkan sektor pelancongan ke luar negara tidak dibuka.

 

"Simpanan juga semakin berkurangan dan kerana itu saya memilih kerjaya ini sementara menunggu sektor pelancongan kembali pulih.

 

"Saya juga tidak mempunyai lesen memandu B2 dan D terus bekerja sebagai pemandu pelancong dan jarang tinggal di Malaysia sebaik tamat pengajian," katanya yang bertugas selama 10 tahun dalam industri pelancongan itu.

 

 

Jia Jeh berkata, papan roda yang dimilikinya itu dibeli pada tahun lalu bagi memudahkannya bergerak membeli barangan keperluan rumah atau bersiar-siar.

 

"Tidak sangka sekarang hoverboard ini membantu saya mencari rezeki. Letih juga jika hanya berjalan kaki, malah pesanan sehari juga kurang dan hanya boleh raih kurang RM50 sehari.

 

"Saya bukanlah mahu menarik perhatian orang dengan menggunakan hoverboard untuk bekerja, tetapi lebih kepada mahu kejar komisyen yang lebih banyak," katanya.

 

Katanya, dia bernasib baik kerana tidak membeli kenderaan, rumah, atau mana-mana aset yang harus berhutang.

 

"Jika ada hutang pasti kehidupan lebih sukar ditambah lagi dengan hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

 

"Syukur, saya tidak mempunyai tanggungan yang banyak dan boleh bertahan dengan gaji kasar sebagai penghantar makanan ini," katanya yang menetap di Bukit Bintang, di sini.

 

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia mengambil inspirasi daripada 'walker' di Eropah yang menjadikan papan roda sebagai mod pengangkutan utama.

 

"Di luar negara seperti Portugal dan Sepanyol sudah lama wujud penghantar makanan berjalan kaki tetapi negara kita ianya masih baru.

 

"Mereka menggunakan 'hoverboard' kerana di sana (Eropah) agak murah iaitu hanya 300 dolar untuk satu unit.

 

"Disebabkan tiada lesen memandu, saya memilih membeli hoverboard yang jauh lebih murah berbanding mempunyai kenderaan," katanya.

 

Katanya, ia tetap mempunyai kelemahan antaranya boleh jatuh jika jalan tidak rata menyebabkannya turut memakai set keselamatan.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Domestik
"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana…