Menurut PLUS, sebelum lorong tambah nilai ditutup, terdapat purata 850,000 buah kenderaan yang keluar masuk di plaza-plaza tol Wilayah Tengah.
Kajian mendapati sebanyak lima peratus atau 42,500 kenderaan yang berhenti untuk menambah nilai - menjadikan ia punca kesesakan.
Pada 30 September lalu, kajian PLUS merekodkan pengurangan kenderaan menambah nilai di plaza tol menurun sehingga 48.2 peratus, atau 22,000 buah kenderaan.
PLUS menyeru agar semua pengguna memastikan nilai di dalam kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Syarikat Touch N Go menyediakan lebih dari 10,000 pusat tambah nilai di seluruh negara.
PLUS juga bakal memperluaskan inisiatif menutup lorong tambah nilai di seluruh rangkaian lebuhraya di bawah seliaannya.
Careta turut merasakan bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga perlu diberikan pengiktirafan kerana sering bekerjasama dengan konsesi lebuhraya agar memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna tidak diabaikan.
Cuma mungkin LLM boleh membantu di dalam beberapa isu seperti membanyakan pilihan cara pembayaran tol, seperti menggunakan kad debit atau e-Wallet untuk semua transaksi tol di laluan terbuka dan tertutup.