Model sedia ada juga tidak akan menerima sebarang kemaskini atau facelift sehingga tempoh tersebut, dan hal ini berkemungkinan besar bakal mendatangkan kesan kepada para pengedarnya.
Dalam masa dua tahun tersebut, bukanlah bermakna Mazda akan senyap tanpa sebarang khabar berita.
Ini kerana Mazda sedang sibuk mempersiapkan diri membangunkan platform baharu serta trenkuasa yang akan diperkenalkan sebelum Mac 2023.
Perancangan Mazda untuk membangunkan senibina kenderaan besar baharu timbul pada Mac tahun lalu di mana ia membabitkan platform, enjin enam silinder sebaris untuk petrol dan diesel, sistem mild-hybrid, serta platform EV.
Hal ini bagi membolehkan Mazda menaikkan strategi perniagaan mereka untuk menghadapi pesaing seperti Mercedes-Benz, BMW dan juga rakan seJepunnya, Lexus.
Salah satu perkara yang sering dikaitkan dengan Mazda adalah peluang mereka untuk mengembalikan semula enjin Rotary, sama ada untuk dijadikan sebahagian daripada unit penambah jarak (range-extender) atau kereta sports.
Walaupun dalam masa dua tahun ini mungkin Mazda akan menyepi, akan tetapi apabila Mazda mula memunculkan diri, mereka jarang mengecewakan peminatnya.