Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan model Mercedes-AMG One tidak akan mendapat model pengganti.
Beliau turut mengakui amat sukar untuk memastikan model One itu memenuhi syarat dan regulasi emisi yang ketat itu.
"Saya tidak berkata kami tidak akan menghasilkan kereta hiper baharu, namun tiada perancangan baharu buat masa ini.
"(Sebuah lagi) kereta hiper yang menggunakan trenkuasa F1? Saya fikir perkara tersebut tidak mungkin akan berlaku. Jika anda mahu seseorang pada masa hadapan, bukan sekadar AMG atau Mercedes yang boleh membawakan enjin F1 ke dalam kereta produksi, saya fikir ini adalah masanya - saat yang telah kami pilih untuk melakukannya.
Jastrow tidak menolak kemungkinan Mercedes-AMG akan tampil dengan sebuah kereta hiper berkuasa elektrik.
Ujarnya, ia adalah lebih mudah untuk menghasilkan sebuah jentera elektrik berpestasi tinggi sifar emisi untuk kegunaan jalanan.
Berbalik kepada AMG One, Mercedes-AMG sudah pun memulakan produksi model tersebut dan hanya 275 unit sahaja yang akan dihasilkan.
Jika anda berhajat untuk memiliki Mercedes-AMG One, lupakan sahaja kerana kesemua unit yang diperuntukkan itu sudah pun habis terjual beberapa tahun yang lalu.
Baca: Mercedes-AMG One 2023
Sumber: CarSales