Operasi tersebut yang menyasarkan bas ekspres telah berlangsung selama enam jam bermula kira-kira pukul 11 malam Rabu lalu.
Tujuan penguatkuasaan dijalankan adalah untuk memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
Operasi tersebut diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan, pemandu mempunyai lesen memandu dan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam ( PSV ) yang sah serta pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas jauh atau lama menerusi pemeriksaan buku log pemandu.
Dalam pada itu, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.