Tiada perancangan turun harga siling RON95, diesel - MOF

oleh Mohamad Hanif|
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada tahap lebih rendah, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Dewan Rakyat pada Isnin menjelaskan ia bagi mengelakkan kerajaan berterusan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi.

“Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” tambah kementerian.

MoF menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengenai perancangan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menegaskan kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” menurut MOF.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…