Tiada perlanggaran SOP di Nilai Impian

oleh SALINA JALIL|
Pemeriksaan polis dari rumah ke rumah pada hari pertama Aidilfitri mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian di sini, tenang.


Ia sekali gus menafikan dakwaan dalam satu ciapan Twitter petang hari ini daripada pemilik akaun 'No War But Class War' yang membuat ciapan, "area (kawasan) rumah aku Nilai Impian. Tuan rumah (dikompaun) RM25K (RM25,000), tetamu RM5K (RM5,000)."


Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati, tiada sebarang aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti yang tular dalam media sosial semalam.

 

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati, memang berlaku pengurangan pergerakan kenderaan memasuki daerah berkenaan dan keadaan aliran trafik berada dalam keadaan baik serta lancar.

 

Tinjauan turut dilakukan di kawasan perumahan di Nilai Impian selepas tular dakwaan kes kompaun berkenaan, namun mendapati tiada sebarang aktiviti atau orang ramai yang berkumpul di luar rumah setakat tengah hari semalam.

 

Mohd Fazley berharap pematuhan SOP ini berterusan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan menyeru masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan komited dalam mematuhi SOP.

 

"Sekiranya anggota polis mendapati ada orang awam melakukan aktiviti yang melanggar SOP, kita akan ambil tindakan undang-undang kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan rumah ke rumah di Nilai Impian, Nillai semalam.

 

Menurutnya, seramai 31 pasukan pematuhan SOP terdiri daripada 60 anggota polis akan melakukan pemantauan SOP Aidilfitri di sekitar Nilai dalam masa satu hari.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Walaupun siaran asal sudah dipadamkan, ia disiarkan semula di laman sosial Instagram dan setakat…
Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata hasil…