Tiada polisi jelas, Mercedes-Benz tangguh sementara pelaburan EV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Thailand mungkin akan menangguhkan pelan pelaburan di dalam industri kenderaan elektrik setelah melihat tiada sebarang hala tuju yang jelas daripada kerajaan berhubung polisi EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada Bangkok Post itu turut menyebut, syarikat automotif Jerman itu mahu melihat satu polisi yang jelas, dan akan mengubah perancangan asal jika tiada sebarang tindakan diambil, menurut Supant Mongkolsuthree, Ketua Persekutuan Industri Thailand. 

Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan eksekutif Mercedes-Benz dan duta besar Jerman di sini baru-baru ini. 

Sebelum ini, Mercedes-Benz telah mengumumkan pelan perancangan untuk menghasilkan EV dan bateri kereta elektrik setelah memohon insentif daripada Board of Investment (BOI) pada lewat tahun 2018.

Malah, syarikat Stuttgart itu turut mendapat lampu hijau daripada BOI namun masih belum memulakan usaha untuk memasang bateri EV.

"Mercedes tidak pasti tentang polisi yang menyokong industri EV di Thailand ini kerana tiada sebarang tindakan lanjut daripada kerajaan buat masa ini," jelas Supant lagi. 

Selain daripada itu, ia juga tidak jelas bilakah stesen pengecasan dan fasiliti pengecasan indoor akan dibina dan tiada sebarang perkembangan terkini terhadap regulasi yang berkaitan.

Mercedes-Benz juga percaya kejayaan polisi kenderaan elektrik akan bergantung sepenuhnya kepada inisiatif kerajaan dalam mempercepatkan permintaan domestik terhadap kenderaan elektrik. 

Tambah beliau lagi, kebanyakan syarikat Jerman menyuarakan keprihatinan terhadap iklim perniagaan di Thailand ketika wabak COVID-19, ini kerana mereka bimbang kerajaan mungkin tidak akan memberikan sebarang bantuan terhadap syarikat Eropah. 

"Banyak perniagaan yang terjejas akibat COVID-19, namun mereka tidak mendapat bantuan yang sewajarnya untuk membantu mereka.

"Ini disebabkan kebanyakan syarikat Jerman tidak meminjam wang daripada bank komersial Thailand, akan tetapi mereka juga memerlukan bantuan," jelas beliau lagi. 

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…