Tiada saman terhadap pemandu tanpa lesen PSV setakat ini - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih memberi keutamaan kepada pendekatan pemantauan dan pendidikan biarpun penguatkuasaan bagi peraturan e-hailing dimulakan sejak 12 Oktober lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum melengkapkan syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

“JPJ masih gunakan pendekatan `soft landing’, bukan bermakna kita tidak tegas, tetapi pemeriksaan tetap dijalankan secara berterusan.

“Apabila pemeriksaan dibuat ke atas pemandu e-hailing kita akan tanya mereka sudah ada atau tidak dokumen yang lengkap termasuk permit, pelekat e-hailing dan lesen PSV.

“Jika masih tiada, kita minta mereka segera buat dan lengkapkan dokumen. JPJ sudah beri peluang dan masa yang panjang sebelum ini, usahakan perkara ini sebelum penguatkuasaan ‘sebenar’ dilaksanakan.

“Jadi mereka perlu ikut peraturan ditetapkan, pastikan syarikat e-hailing juga turut membantu pemandu mereka lengkapkan dokumen diperlukan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, pemandu e-hailing yang dalam proses melengkapkan peraturan berkaitan perkhidmatan itu akan dipertimbangkan untuk diberi kelonggaran daripada tindakan penguatkuasaan yang bermula pada 12 Oktober lalu.

Beliau berkata, kementeriannya masih memberikan peluang kepada pemandu yang sudah mengambil langkah untuk mendapatkan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), namun belum selesai.

Setakat Oktober lalu, seramai 69,053 calon sudah lulus ujian PSV.

Sumber: Berita Harian
Sumber gambar: Soya Cincau

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Domestik
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta…