Tidak beri laluan kepada ambulans, polis sedang kesan pemandu Proton Exora dan Honda City

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari video viral
Polis sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang didapati tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan, di KM25 Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah ke Johor Bahru, baru-baru ini.

Tular di TikTok video yang memaparkan dua kenderaan dipercayai Proton Exora dan Honda City yang dilihat tidak memberi laluan kepada ambulans dan seolah-olah mengambil kesempatan dengan membuka ‘hazard light’ serta bergerak di ruang yang sepatutnya dilalui ambulans itu.

Ketua Polis Daerah Kulai, AC Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 26 saat pada jam 2.30 petang Isnin yang mana dalam video itu memaparkan dua kenderaan dipercayai dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans.

“Ambulans itu dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans,” katanya menerusi kenyataan media, pada Selasa.

 

Buletin TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada jam 1 tengah hari Isnin oleh lelaki tempatan yang…