Tiga beranak termasuk bayi 12 bulan maut kemalangan di Simpang Ampat

oleh Penyumbang Rencana 2|
Tiga beranak, termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 216 Lebuh Raya PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini, pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nahas kira-kira jam 11 pagi itu turut menyebabkan trafik sesak sepanjang lebih lima kilometer apabila laluan terhalang dengan kenderaan terlibat

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu dalam satu kenyataannya turut mengesahkan nahas berkenaan dan ketiga-tiga mangsa maut dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Ezanee Hamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi.

Menurutnya, seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan empat jentera dan sebuah EMRS.

“Sebaik tiba, didapati dua kenderaan terlibat dalam nahas iaitu sebuah lori dan Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri berbangsa Melayu kedua-duanya berusia 28 tahun dan seorang bayi berusia satu tahun.

“Ketiga-tiga beranak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM manakala pemandu lori dua tan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Sumber: Malaysia Gazette

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…