Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 malam dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
Menurutnya, seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an cedera ringan.
"Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit," katanya dalam kenyataan malam ini.
Norazam berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan operasi tamat jam 7.34 malam.
Sumber: Berita Harian