Dalam pada itu, katanya empat kenderaan dikenakan tindakan tunda serta 2,784 kenderaan diperiksa.
"Advokasi ini bertujuan mendidik pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan sebelum Op PUU sebenar dilaksanakan.
"Notis advokasi diserahkan kepada pengguna yang melakukan kesalahan kecil jalan raya tanpa dikenakan saman," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata, kempen advokasi turut diperluaskan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah menerusi Op Didik bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.
"Sebanyak 18 notis advokasi dikeluarkan dan 18 pelajar diperiksa sepanjang kempen Op Didik.
"Pendekatan ini penting bagi mendidik mereka yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan mengenai aspek pematuhan undang-undang dan keselamatan di jalan raya," katanya.
Menurutnya, Op PUU akan diteruskan sehingga ke satu tempoh ditetapkan sebelum tindakan saman dikuatkuasakan, dengan kerjasama baik DBKL dan JPJ.