Tiga kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Buletin TV3
Tiga buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebatang pokok berukuran kira-kira 30 kaki di Jalan Air Terjun, Kota Tinggi, Johor, pada Sabtu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menerusi hantaran di Facebook, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi menerima panggilan kecemasan jam 3 petang.

Sebuah jentera bersama 7 anggota diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Rafi Mohd Nor bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati tiga buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan rosak akibat pokok tumbang tersebut.

Kenderaan yang terlibat dalam insiden itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa, Myvi dan Honda Accord.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong pokok dengan dibantu lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan polis.

 

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Pihak polis telah mengesan paparan video yang tular di laman Facebook Orang Kota Tinggi yang…
Berita Domestik
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Faizal…
Berita Domestik
“Mangsa bersetuju membeli sebuah kereta jenis Toyota Vios tahun 2024 yang diiklankan pada harga…