Tiga kereta dihempap pokok tumbang

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Tiga buah kereta mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok akibat hujan lebat di Jalan Besar, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur pada Rabu

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 6.34 petang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Sembilan anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap tiga buah kenderaan.

Anggota PGOKL telah menggunakan gergaji rantai untuk memotong pokok yang menghempap kenderaan dan menghalang lalu lintas di lokasi kejadian.

Tiada mangsa yang terbabit dengan insiden tersebut dan operasi tamat pada pukul 7.39 malam.

 

Bacaan selanjutnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa, namun sebuah kereta jenis…
Berita Domestik
Laporan kejadian diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…
Berita Domestik
Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)…