Perintah reman empat hari bermula Sabtu terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Syazly Md Sain.
Menurut sumber, tangkapan terhadap tiga suspek itu susulan operasi dijalankan Bahagian Perisikan SPRM menerusi Op Loader pada Rabu lalu yang bertindak menahan lapan individu termasuk empat pengarah syarikat dan seorang pengarah agensi sebuah kementerian.
"Bagi mengeluarkan surat tawaran kelulusan LKP berkenaan, pegawai-pegawai agensi itu dipercayai bersekongkol dengan syarikat-syarikat yang bertindak menyediakan maklumat palsu seperti penyata bank selain mengurus proses permohonan termasuk Surat Tawaran Kelulusan (STK) dan Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) bagi membolehkan kenderaan perdagangan yang tidak layak menjalani Pemeriksaan Awalan Puspakom.
"Berdasarkan risikan, bayaran rasuah yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis kenderaan dan usia kenderaan yang ingin memohon LKP terbabit," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tiga suspek terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.