Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berusia 27, 30, dan 48 tahun ditahan sejurus menyerah kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, turut dirampas adalah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberap barangan yang diguna oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan.
"Dengan penahanan mereka itu, menjadikan keseluruhan lima orang ditahan selepas dua rakan mereka ditahan pada awal pagi hari ini.
"Dua rakan mereka itu ditahan di rumah masing-masing di kawasan sekitar Port Dickson dan Bandar Springhill," katanya.
Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong untuk memberi laluan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi.
Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu dikatakan dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.