Tiga masalah utama yang dihadapi pengguna EV semenjak 1996 sehingga kini

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, GM EV1 merupakan sebuah kenderaan elektrik yang disifatkan sebagai pencetus kepada trend pemilikan kereta elektrik dan ia juga merupakan EV produksi massa pertama di dunia yang diperkenalkan pada tahun 1996.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GM EV1 lahir ketika pihak berkuasa tempatan pada ketika itu meluluskan undang-undang mewajibkan pengeluar kereta utama untuk menawarkan kereta sifar emisi pada awal 1990-an.

Ini memaksa GM untuk membawakan konsep kereta elektrik yang pernah diperkenalkan sebelum ini menjadi sebuah model produksi.

Ia juga merupakan satu-satunya kenderaan yang dipasarkan di bawah jenama GM dan bukannya jenama naungan seperti Chevrolet, Buick atau Cadillac.

Spesifikasi GM EV1 juga setanding dengan mana-mana kereta elektrik pada masa kini, motor elektrik dengan output 137 hp/149 Nm, namun dengan pek bateri lead-acid yang membenarkan jarak operasi sejauh 100 km sahaja.

Pengenalan bateri baharu nickel-metal hydride pula menggandakan jarak operasi kepada 250 km, dan ia merupakan satu angka yang sangat menakjubkan.

Manakan tidak, Nissan Leaf yang hadir kira-kira 10 tahun selepas GM EV1 hanya menawarkan jarak operasi sejauh 117 km sahaja.

 


Namun, yang pasti apa yang dihadapi oleh para pemilik GM EV1 pada masa penulis masuk darjah satu itu adalah tiga masalah utama yang masih kekal dihadapi oleh pengguna EV masa kini iaitu:

1. Lokasi stesen pengecasan
2. Jarak operasi
3. Harga jualan

Hal ini diutarakan oleh satu kajian yang dilakukan oleh J.D. Power dan ia diakui sendiri oleh para pemilik dan bekas pemilik EV di mana keterdapatan fasiliti pengecasan, jarak perjalanan serta harga jualan masih lagi menjadi penghalang kepada pemilikan EV sebagai kereta harian.

Apa yang menyedihkan, Indeks Keyakinan Mobiliti untuk kenderaan elektrik masih kekal pada angka 55/100 untuk empat suku berturut-turut, manakala di Kanada, angka tersebut turun dari 59 kepada 57 daripada 100.

 

 

Kajian tersebut turut merangkumi satu aspek di mana kebanyakan pengguna tidak memiliki pengetahuan atau pengalaman menggunakan kereta elektrik.

70 peratus daripada rakyat Amerika dan 67% koresponden Kanada turut menyatakan bahawa mereka tidak pernah sekali pun merasai kereta elektrik, manakala 30 peratus rakyat Amerika tidak tahu langsung pasal EV!

Terdapat kira-kira 30 peratus koresponden menyatakan minat untuk memiliki sebuah EV dalam tempoh empat tahun akan datang, sementara 30 peratus lagi mengakui tiada sebarang minat untuk membeli.

Malah, sesetengah bekas pemilik EV menyatakan bahawa mereka tidak akan membeli EV baharu kerana kos, jarak yang terhad serta prestasi di dalam cuaca ekstrem, terutama ketika musim sejuk.

 

GM EV1 - 'Pencetus Ummah' Kereta Elektrik Moden

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…