Tiga maut bot penumpang bertembung

oleh Hamimah Hamid|
TIGA wanita maut dalam kejadian dua bot bertembung di perairan Lumut Pangkor berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Manjung malam tadi.

Ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan berusia antara 26 hingga 43 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Laut, Lumut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu bot terlibat membawa muatan 17 penumpang bersama seorang tekong dari arah Lumut ke Pangkor.

 

Menurutnya, sebuah bot lagi dinaiki seorang tekong dan dua penumpang dari arah bertentangan.

 

"Akibat pertembungan itu, 10 penumpang telah jatuh ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh kedua-dua tekong bot berkenaan.

 

"Kesemua mereka kemudiannya di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

 

Nor Omar berkata, tiga daripada mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

 

Katanya, kejadian turut mengakibatkan seorang wanita berusia 43 tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.