Tiga maut nahas babitkan Honda CR-V, Perodua Myvi di Lui Barat

oleh Mohamad Hanif|
Tiga individu maut dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 26, Jalan Bahau – Kemayan, dekat Lui Barat, di sini, petang tadi (30 April 2023).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, Perodua Myvi tersebut datang dari arah Bandar Seri Jempol menghala ke Sungai Lui sebelum hilang kawalan dan merempuh Honda CR-V yang datang dari arah Sungai Lui ke Bandar Seri Jempol.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.57 petang itu, mangsa, Sallehuddin Nong, 63, beralamat di Jengka, Pahang, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua wanita, Tee Tai En, 29, dan Tin Siew Kwan, 59, juga terkorban.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi serta penumpang belakang Honda CRV telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook, pemandu kereta Honda CRV yang merupakan anak mangsa yang maut, Siti Nuraini Farahiyah Sallehuddin, 34, mengalami kecederaan di bahagian muka dan dada, manakala, ibunya, Shariffah Nuriah Syed Abdullah, 55, mengalami kecederaan di bahagian dada.

Katanya, seorang lagi penumpang belakang kereta Perodua Myvi iaitu seorang lelaki, Tin Siew Kwan, 65, mengalami luka di bahagian tangan.

“Punca kemalangan dipercayai disebabkan Perodua Myvi telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan. Bagaimanapun kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut BBC pada bulan Mac lepas, mereka telah memutuskan untuk menghentikan produksi rancangan…
Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…