Tiga model Adiva Malaysia bakal dilancar September depan?

oleh Afandi Che Muhamad|
Tidak cukup dengan menjadi pengeluar motosikal jenama Demak dan pengedar eksklusif MV Agusta di Malaysia, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. (DNC Asiatic) memperluaskan portfolio perniagaan menerusi langkah pemasangan motosikal tiga roda atau lebih dikenali sebagai trike bagi jenama Adiva pula.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara tersebut dijelaskan pengilang motosikal berlesen berkenaan ketika dihubungi Careta hari ini.

Jurucakap DNC Asiatic Holdings, Muhammad Zamry Abu Samah (gambar) berkata, inisiatif menjalankan pemasangan tempatan (CKD) itu diambil selepas melihatkan potensi besar pasaran di Malaysia.

"Malaysia akan dijadikan sebagai hab pemasangan Adiva di Asia Tenggara berikutan memiliki kelebihan tersendiri berbanding negara jiran lain seperti Thailand.

"Sebagai permulaan, tiga model Adiva menjalani prosedur CKD tersebut seperti model AD1 3W 125/200, AD2 400 dan AD3 400," katanya.

Zamry yang juga merupakan Pengarah Urusan Moto Varase Asiatic (subsidiari DNC Asiatic Holdings) itu memberitahu, kesemua model berkenaan menjalani pemasangan di fasiliti pengeluaran di Olak Lempit, Banting, Selangor dan bakal ditawarkan untuk pasaran domestik menjelang September depan.

Ketika diminta mengulas soal harga asas yang bakal ditawarkan untuk model Adiva Malaysia tersebut, Zamry menjelaskan bahawa pihaknya memberikan bayangan harga bawah RM20,000 seunit bagi model 200cc (AD1 3W 125/200).

Sementara bagi model AD2 400 dan AD3 400 pula, harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM40,000 seunit.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Adiva di www.adiva-world.com.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sesi pengenalan jentera perlumbaan baharu Movistar Yamaha, Yamaha YZF-M1 2018 tersebut berlangsung…
Tunggang Uji
Baru-baru ini, Careta berpeluang menunggang uji salah satu daripada tiga model baharu berkenaan.…
Gaya Hidup
Jangan lepaskan peluang anda untuk tunggang uji model dan jentera terkini dari Kawasaki iaitu Z900…