Tiga model baharu bakal muncul, penambahbaikan untuk model Exora - Proton

oleh Mohamad Hanif|
Semasa pelancaran rasmi model sedan segmen A Proton Saga 2022 tempoh hari, CEO Li Chunrong turut mengesahkan pihak Proton akan melancarkan sehingga tiga buah model baharu dalam tempoh dua tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah selari dengan laporan terdahulu di mana Proton sedang membuat penyusunan semula pelancaran model baharu bagi menyelesaikan masalah tempahan yang masih belum diselesaikan, serta isu rantaian bekalan komponen yang membelenggu.

Salah satu daripada model yang bakal muncul adalah SUV tiga baris tempat duduk (dinamakan Proton X90) yang menggunakan asas daripada model Geely Haoyue.

Baca: Geely Haoyue

 

smart


Sebuah lagi model yang disahkan pelancarannya pada tahun depan adalah sebuah kenderaan elektrik (EV) yang dibawa masuk oleh Proton Edar, iaitu smart #1.

Baca: smart #1

Jika anda imbas kembali ke tahun 2018, Proton sebenarnya telah pun mempunyai hak untuk menjual tiga model Geely di pasaran tempatan, iaitu Geely Binyue (X50), Geely Boyue (X70) dan juga Geely Jiaji (disebut sebagai pengganti Exora).

Jadi, adakah ini bermakna model ketiga tersebut merupakan model pengganti Exora? Bagaimana pula dengan pengganti model Saga, Persona dan Iriz?
 

EXora


Sebut pasal Exora, ia kini merupakan model yang paling tua yang masih lagi dijual oleh Proton semenjak pengenalan rasminya pada tahun 2009.

Ketika ditanya berkenaan perancangan Proton terhadap model tersebut, CEO Roslan Abdullah mengesahkan hal tersebut, namun perubahan yang bakal dibawakan adalah 'sedikit kurang' berbanding apa yang dibawakan pada model Saga.
 

CFE


Tambahnya lagi, para jurutera Proton sedang bekerja keras mereka komponen hos penyejuk minyak (OCH) versi baharu yang diharapkan lebih tahan lasak dan mampu menyelesaikan masalah yang membelenggu pemilik Exora sebelum ini.

Malah beliau menambah, Exora mungkin sekali bakal menerima trenkuasa baharu tanpa menyebut mana-mana enjin yang spesifik, berkemungkinan besar enjin 1.8 liter turbo daripada X70 atau enjin 1.5 liter turbo daripada model X50.

Sumber: Paultan 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…