Tiga model yang dimaksudkan itu termasuklah GR86, GR Corolla serta varian baharu GR Supra bertransmisi manual.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh presiden UMWT, Ravindran Kurusamy dalam satu acara bersama para pengamal media malam tadi.
Ia secara tidak langsung bakal melengkapi barisan keluarga GR yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu GR Yaris dan GR Supra dengan transmisi automatik.
Toyota GR86 merupakan 'kembar' kepada Subaru BRZ yang tampil dengan nadi flat-four 2.4 liter dengan kuasa setinggi 232 hp dan 250 Nm, sementara GR Corolla pula 'meminjam' nadi tiga silinder sebaris G16E-GTS daripada GR Yaris dengan talaan kuasa 300 hp dan 370 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan GR-Four.
Toyota GR Supra pula mendapat varian baharu transmisi manual pada bulan April yang lalu, sekaligus menjawab persoalan sesetengah peminat kereta sports tersebut.
Ia masih lagi mengekalkan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter dengan talaan kuasa setinggi 382 hp dan 497 Nm.
Baca: Toyota GR86
Baca: Toyota GR Corolla
Baca: Toyota GR Supra manual