Tiga pemenang bertuah 'Win-A-Car' Goodyear bawa pulang Perodua Ativa

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen 'Win-A-Car' bagi mempromosikan pemanduan selamat di kalangan para penggunanya, selaras dengan kebenaran merentas negeri dan pemansuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut berlangsung bermula 15 April sehingga 18 September dengan menawarkan sehingga tiga unit Perodua Ativa untuk pelanggan bertuah.

Untuk menyertai, pelanggan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, seperti memiliki dan memandu sebuah kereta, serta mendaftar secara dalam talian menerusi laman web khas yang disediakan setelah membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar daripada Goodyear AutoCare atau penjual sah.

Kempen tersebut telah mendapat lebih daripada 10,000 penyertaan, di mana tiga pemenang bertuah, Jernatherao, Ivy Know dan Muhammad Aiman telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama.

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Goodyear turut melancarkan kempen terbaharu Goodyear Angpow Giveaway, di mana segala informasi boleh dirujuk menerusi laman web www.goodyearcnygame.com.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred…