Tiga projek lebuh raya baharu atasi kesesakan di Lembah Klang - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: The Edge
Tiga projek lebuh raya baharu bakal dibina di Lembah Klang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang tidak boleh ditampung lebuh raya sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada Utusan Malaysia menyebut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tiga projek yang telah mendapat kelulusan berprinsip adalah projek Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK), Putrajaya - Bangi Expressway (PBE) dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE).

Bagi projek PJD LINK, kerja-kerja penilaian sedang dilaksanakan melibatkan kerajaan negeri, penduduk serta agensi berkaitan.

“Syarikat juga perlu melaksanakan penilaian impak sosial (SIA), penilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian kesan trafik (TIA). Projek ini hanya akan dimulakan sekiranya mendapat sokongan penduduk melalui SIA serta laporan yang memberangsangkan bagi EIA dan TIA.

“Bagi projek PBE, ia dalam fasa terakhir rundingan kos sebelum diteruskan dengan rundingan draf perjanjian konsesi serta apendiks teknikal manakala bagi KL-NODE, penjajaran belum ditentukan dan dalam penilaian,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Sehingga kini, Selangor mempunyai 19 buah lebuh raya yang membabitkan tempoh konsesi yang berbeza-beza.

Dalam pada itu, Fadillah menjelaskan sebanyak RM63.72 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan pemberian tol percuma serta diskaun selama empat hari ketika musim perayaan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kerajaan tidak dapat memastikan sama ada pembeian tol percuma dapat dilaksanakan lagi atau sebaliknya selepas ini.

“Semuanya bergantung kepada prestasi kewangan kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya kerana mereka juga perlu menanggung kos operasi serta penyenggaraan melalui hasil kutipan tol,” kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…