"Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan setiap hari manakala KTM Antarabandar masih mengekalkan 18 perkhidmatan setiap hari. KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan tambahan bagi tren ETS 'Business Class' untuk laluan pergi balik KL Sentral-Butterworth menggunakan jadual waktu baharu.
"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda," kata satu kenyataan.
KTMB turut menyarankan pengguna membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman sesawang KTMB.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau melayari saluran media baharu rasmi KTMB.