Tiket MotoGP: KBS perjuang pengurangan cukai hiburan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November ini.


Menterinya, Hannah Yeoh berkata, selain acara sukan, pihak kementerian juga menerima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai hiburan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, pada Khamis.

Dalam pada itu, Hannah berkata, agak mustahil bagi Malaysia untuk mengembalikan semula perlumbaan Formula 1 (F1) memandangkan kos penganjuran yang terlalu tinggi.

Beliau berkata, sebaliknya, KBS buat masa ini akan mengutamakan pemberian dana kepada SIC termasuk suntikan RM20 juta bagi menaik taraf infrastruktur dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara tempatan atau antarabangsa.

“Kalau mampu memang kita akan buat (perlumbaan F1) tapi memang kita tak mampu sekarang, jadi kita akan gunakan dana yang kita ada untuk keutamaan lain dahulu,” katanya.

Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkannya pada 2017 ekoran penyusutan pulangan yang ketara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan terdapat kelainan dalam penganjuran MotoGP di SIC yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 12 November ini.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Perjalanan Tren ELA adalah pada 27 Jun yang mana laluan KL Sentral ke Tumpat dijadual berlepas…
Informasi
  Selain itu, KTMB turut menawarkan dua perkhidmatan ETS tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang…
Informasi
  Dua pengusaha feri - Labuan Mainland Link Sdn Bhd (LML) dan Juta Bonus Sdn Bhd- telah menjual…