Timbalan Menteri KPDN - Petrol, diesel tanpa subsidi Malaysia murah banding negara jiran

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Harga petrol dan diesel tanpa subsidi di Malaysia jauh lebih murah berbanding harga petrol dan diesel di negara jiran.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, perbezaan harga itu antara punca sebilangan warga asing sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyeludup untuk mendapatkan petrol dan diesel di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Minyak (petrol dan diesel) tidak bersubsidi (di Malaysia) pun jauh lebih murah dari minyak di negara mereka. Saya beri contoh Thailand, diesel mereka RM4.76 satu liter. Diesel tidak bersubsidi kita RM2.95. Bersubsidi kita RM2.12.

“Jadi masih berbaloi lagi mereka (warga asing) ambil (minyak tidak bersubsidi) di negara kita. Ambil risiko pula untuk menyeludup,” katanya pada sidang Dewan Negara, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dominic Lau Hoe Chai mengenai tindakan dikenakan terhadap warga asing yang membeli petrol atau diesel di Malaysia menggunakan tong seperti kes tular yang berlaku di Johor, baru-baru ini.

Sebelum ini tular video dan artikel yang melaporkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri kerana ditegur cuba mengisi minyak menggunakan tong. 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, ia bagi membolehkan kenderaan pendaftaran asing mendapatkan bekalan petrol…