Tindakan tegas terhadap syarikat lori bermasalah - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memandang serius insiden kemalangan yang melibatkan lori-lori besar seperti yang tular di media sosial kebelakangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau yang ditemui selepas acara pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Seremban pagi tadi menegaskan pihaknya akan berusaha untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat lori dan logistik yang bermasalah sehingga membahayakan nyawa pengguna lain atas jalan raya.
 

lori


Sebelum ini, Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan menggantung permit operasi syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang awam.

Dalam kenyataan terdahulu yang disiarkan di laman Facebooknya, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan…
Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Berita Domestik
"Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa…