Tinggal anak di dalam kereta - Negara UAE kenakan denda RM1 juta, penjara 10 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Pesalah yang meninggalkan seorang kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan yang berkunci boleh dikenakan denda sehingga Dh1 juta (RM1.13 juta) dan penjara tidak kurang dari 10 tahun.

Hukuman itu termaktub di dalam Undang-Undang Hak Kanak-Kanak Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Undang-Undang Wadeema yang memberi penekanan terhadap perlindungan kanak-kanak, terutana dari segi mental, fizikal dan kesejahteraan emosi mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Amaran itu dikeluarkan selepas beberapa insiden di UAE berkaitan kanak-kanak yang ditinggalkan berseorangan di dalam kenderaan yang berkunci.

Menurut laman web berita Khaleej Times, mereka yang bakal didakwa itu ialah orang dewasa yang bertanggung-jawab terhadap kanak-kanak itu ketika kesalahan dilakukan.

Mungkin undang-undang yang sama perlu diperkenalkan di Malaysia? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Veneno yang anda lihat ini merupakan unit roadster nombor dua daripada hanya sembilan…
Berita Global
Penerbangan demonstrasi itu dibuat pada hari pembukaan acara pameran teknologi GITEX Global di…
Berita Global
Ini kerana Rolls-Royce menerusi inisiatif terbaharu bakal membuka beberapa cawangan 'Private Office…