Tips mengendalikan motosikal bagi penunggang berketinggian rendah

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sorang penunggang yang tidak mempunyai sifat ketinggian yang mencukupi, penulis sebenarnya kerap kali merasa amat rendah diri dan tidak yakin dengan kemampuan diri terutama ketika mengendalikan motosikal yang lebih besar seperti CRF250L dan Versys X-250.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerap juga penulis menghadapi situasi yang tidak menyenangkan akibat kegagalan diri mengendalikan motosikal yang tinggi, terutama ketika situasi di dalam bandar dan mencelah di tengah-tengah kesesakan trafik. 

Pun begitu, ketinggian badan sebenarnya bukanlah penghalang bagi seseorang untuk menikmati tunggangan yang mengasyikkan, terutama bagi mereka yang gemar mengembara. 

Dan untuk itu, kami sertakan video tips mengendalikan motosikal khusus buat mereka (dan juga penulis) yang mengalami ketinggian badan yang tidak mencukupi. 

Walaupun pada asalnya ia direka bagi mengendalikan dirt-bike, namun tips ini juga sebenarnya membantu para penunggang mengendalikan motosikal kelas lain yang lebih besar. 

 

Berikut merupakan lima tips yang diajar oleh Megs Brapp, seorang penunggang wanita yang menceburkan diri di dalam sukan lasak enduro. 

1. Berlatih seimbangkan diri di atas motosikal membuat aktiviti pusingan lapan, keseimbangan statik dan juga mencelah di antara pokok-pokok di dalam hutan/kebun.

2. Cari satu tempat/batu/tanah yang tinggi untuk meletakkan kaki ketika berhenti rehat.

3. Sekiranya perlu untuk mengalihkan motosikal yang tersangkut, gunakan tenaga bantuan daripada kaki, dan bukan bergantung pada tangan dan badan semata-mata (rujuk video di atas).

4. Side-slipping (rujuk video) mebolehkan sebelah kaki mencecah tanah dengan baik tanpa perlu menjingkit. 

5. Yakin dengan diri sendiri dan tidak menjadikan ketinggian anda sebagai alasan dan penghalang untuk mencapai impian anda. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…