Tipu data emisi 1.3 juta kenderaan: Renault, Nissan bakal diambil tindakan di UK

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah firma undang-undang yang berpangkalan di London, Harcus Parker sedang menyiapkan tuntutan undang-undang terhadap Renault dan Nissan dengan memetik data daripada pihak bebas yang menunjukkan penipuan terhadap pelepasan emisi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Data tersebut menunjukkan kira-kira 700 ribu model Renault bernadikan diesel dan 600 ribu unit kenderaan Nissan telah dipasang dengan alat yang mampu menyembunyikan paras sebenar pelepasan emisi.

Antara model yang terjejas termasuklah Nissan Juke, Note dan X-Trail, serta model Renault Clio, Captur, Espace, Megane dan Scenic.

Malah, dalam satu data yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini, terdapat kira-kira 100,000 unit Nissan Qashqai yang dipasang dengan enjin 1.2 liter petrol turut didapati melepasi tahap emisi yang dibenarkan sehingga 15 kali di UK!

Difahamkan, kerajaan UK telah pun menjalankan usaha meminta Nissan supaya menjalankan kempen panggil semula untuk kenderaan yang terjejas, namun syarikat Jepun tersebut enggan berbuat demikian, lapor Autocar.

 


Pada September 2017, pihak DfT telah menulis kepada Nissan yang menyatakan bahawa model SUV Qashqai yang diuji di dalam litar pengujian dan pelepasan emisi pemanduan dunia sebenar mendapati keputusan (pelepasan NOx) yang diperoleh amat tinggi.

Setahun kemudian, pihak DfT sekali lagi menyatakan bahawa Nissan Qashqai tidak direka dengan baik bagi mengawal pelepasan NOx dalam ujian dunia sebenar.

Berbalik kepada Harcus Parker, firma undang-undang itu mendakwa kenderaan Renault dan Nissan yang dilengkapi dengan enjin diesel (1.5 liter dan 1.6 liter) merupakan penyumbang emisi NOx terbesar, malah lebih teruk berbanding kenderaan Volkswagen dan Mercedes-Benz.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak Renault dan Nissan tampil menafikan dakwaan tersebut.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…