Tj Cruiser - luas macam van, gagah macam SUV

oleh HEZERI SAMSURI|

Pameran Tokyo Motor Show hujung bulan ini akan melihat Toyota melancarkan konsep Tj Cruiser yang dikatakan memadankan keluasan sebuah van tetapi dengan ciri-ciri SUV.

Seperti biasa, setiap nama model kenderaan Jepun akan membawa maksud dan untuk Tj Cruiser pula, T bermaksud “tool box” atau kotak alat-alatan dan J pula bermaksud “joy” atau keriangan.

Mungkin ia khusus untuk mekanik atau tukang rumah/tukang paip yang gembira bila ternampak tool-box mereka. 

Enjin ialah dari jenis 2.0L dan menggunakansistem hybrid. Ia datang dalam pacuan roda hadapan atau pacuan 4-roda.

Apa pun, janganlah tanya harga kerana ini hanya sebuah konsep dan kami syak seperti Fj Cruiser, ia cuma laku keras di tanah tumpah darahnya sahaja. 

*Gambar dari NetCar Show

Berita Berkenaan

Berita Global
BMW sememangnya mempunyai sejarah panjang memperkenalkan kereta konsep di Concorso d’Eleganza…
Berita Global
Gril hadapan kekal dengan elemen Expanding Cosmos tetapi direka agar nampak lebih moden. Ia diapit…