TMS 2019 - Mazda MX-30, SUV elektrik 142 hp, 263 Nm, pintu macam RX-8!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda mengambil kesempatan pada hari pembukaan Tokyo Motor Show 2019 dengan memperkenalkan secara rasmi model berkuasa elektrik produksi massa pertama, Mazda MX-30.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan trenkuasa motor elektrik tunggal, Mazda MX-30 mampu menjana 142 kuasa kuda dan 263 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 35.5 kWh. 

Ini memberikan Mazda MX-30 jarak operasi sejauh 200 kilometer tanpa sebarang pencemaran udara. 

 


Reka bentuk luaran Mazda MX-30 lebih kepada sebuah crossover coupe dengan mekanisme pintu suicide yang diinspirasikan daripada Mazda RX-8, dan elemen crossover daripada adik beradiknya Mazda CX-30.

Aspek reka bentuk papan pemuka Mazda yang moden seperti yang terdapat pada Mazda3 turut diterapkan pada pembangunan Mazda MX-30 di mana ia lebih ringkas, namun kekal elegan dan premium dalam masa yang sama. 

 


Roda stereng tiga batang itu terletak kemas, dan di bahagian tengah terdapat skrin paparan tambahan membolehkan pemandu atau penumpang mengubahsuai tetapan suhu kabin. 

Tempat duduk pula dilihat menggunakan gandingan dua bahan yang berbeza, iaitu balutan kulit di bahagian belakang dan bahan fabrik berkualiti tinggi yang memegang kemas pemandu dan penumpang ketika dalam perjalanan. 

 


Mazda MX-30 dibangunkan menggunakan platform e-Skyactiv yang tidak berkongsi dengan mana-mana model Mazda sedia ada, namun Mazda tetap mengekalkan ciri G-Vectoring Control (GVC) untuk kereta elektrik mereka. 

Dari segi keselamatan, Mazda MX-30 didatangkan dengan ciri Bantuan Brek Pintar, Sistem Pengesan Lintasan Trafik dengan bantuan radar dan kamera, fungsi Bantuan Kekal Laluan di jalan yang kurang menyenangkan serta bantuan informasi titik buta. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…