TNB bakal bina jaringan pengecasan EV sepanjang lebuhraya PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membina infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sebagai sebahagian daripada kerjasamanya dengan Plus Malaysia Bhd, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din hari ini.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat utiliti itu melabur RM90 juta untuk menyokong ekosistem EV dalam tempoh tiga tahun.

“TNB menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) bagi memperoleh nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030 dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam merangsang pertumbuhan ekosistem BEV,” katanya pada taklimat bersama pengarang media di sini hari ini.

Pada Mac tahun ini, TNB dan Plus mengumumkan kerjasama bagi mengurangkan pelepasan karbon di lebuh raya Plus melalui inisiatif kemampanan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kemudian, kedua-dua syarikat itu berkata inisiatif tersebut melibatkan pembangunan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), pemasangan pemantauan kecekapan tenaga dan sistem fotovoltan solar di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang rangkaian lebuh raya Plus.

Selain Plus, Baharin berkata TNB juga sedang berbincang dengan pengendali lebuh raya serta pihak berkuasa jalan persekutuan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata pasaran EV berpotensi untuk 3,300 tempat pengecasan bagi 33,350 BEV di jalan raya menjelang 2025 dengan hasil elektrik tahunan mencecah RM80 juta, yang dijangka meningkat kepada 18,000 tempat pengecasan bagi 524,409 BEV dan hasil elektrik tahunan adalah sebanyak RM1.25 bilion menjelang 2030.

“Menjelang 2030, kami menjangkakan setengah juta EV akan berada di jalan raya dengan keperluan pengecasan elektrik 2.3 TWh, bernilai RM1.26 bilion. Ini juga bermakna pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 4.4 juta tan dengan mengambil kira kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) di jalan raya,” tambahnya.

Potensi yang memberi impak positif terhadap iklim dan keuntungan syarikat menyebabkan pembangunan ekosistem EV menjadi keutamaan yang jelas untuk TNB, katanya.

Di samping membina infrastruktur pengecasan, TNB juga akan menyediakan kursus peningkatan kemahiran dan kemahiran semula untuk industri EV, elektrifikasi kira-kira 4,200 kenderaan TNB sendiri, menaja kajian berkaitan EV dan memupuk gabungan dalam kalangan pemain sektor EV, seperti ZEVA (Persatuan Kenderaan Pelepasan Sifar).

Sumber: Bernama via Malaysiakini

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…