Beberapa hari lepas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan stesen pengecasan pantas DC mereka iaitu TNB Electron, dimana ianya merupakan hasil kerjasama diantara pihak TNB dan Lebuhraya PLUS.
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang terletak di R&R Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) dan Paka (arah utara).

Kadar harga bagi mengecas bermula dari RM2.05/minit untuk pengecas 80 kW, RM2.20/minit untuk pengecas 90 kW dan RM 2.35/minit untuk pengecas 100 kW.
Untuk menggunakan pengecas dari stesen pengecasan pantas DC TNB Electron, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Go To-U melalui telefon pintar.
Selain 3 lokasi sedia ada, TNB Electron bakal diperluaskan di beberapa tempat baharu seperti R&R Machap (arah selatan), Paka (arah selatan), Gurun (arah utara dan selatan), Rawang (arah utara) dan Gunung Semanggol (arah selatan).
Sumber: Tenaga Nasional Berhad