TNG RFID di semua plaza tol pada April 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
CIMB Group Holdings Berhad dan PLUS Malaysia berhad telah mengumumkan bahawa kedua pihak bersetuju untuk menambah mod pembayaran untuk pengguna lebuhraya PLUS di seluruh negara.

Mod pembayaran yang dinyatakan itu ialah dengan menggunakan sistem TNG RFID yang akan dipautkan dengan akaun bank, kad kredit, kad debit atau TNG wallet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TNG RFID dilihat akan menjadi pengganti kepada sistem kad TNG yang menjadi mod pembayaran asas kepada semua transaksi tol di seluruh negara sekarang.

Menurut CEO Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz, pihak CIMB berbesar hati untuk bekerjasama dengan PLUS dalam melancarkan inisiatif tersebut demi untuk menjadikan mod Pembayaran Terbuka satu realiti untuk semua warga Malaysia.

Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS pula berkata pihaknya turut merasa gembira kerana CIMB mempunyai objektif yang sama seperti PLUS, untuk membuka mod pembayaran tol kepada semua penggunanya.

Sebagai permulaan, perkhidmatan TNG RFID akan beroperasi di 10 plaza tol terbuka (caj tol tetap, seperti di DUKE, Besraya, Sprint dan lain-lain)menjelang 1 Januari 2020.

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan TNG RFID di kesemua 83 plaza tol tertutup PLUS (caj tol bergantung kepada jarak perjalanan) pada 1 April, 2020.

Dengan termerai perjanjian ini, PLUS tidak akan lagi mengkaji penggunaan kad RFID miliknya sendiri sementara CIMB akan memberikan akses kepada data pengguna-pengguna tol di lebuhraya PLUS.

Untuk menambahkan lagi kemudahan kepada pengguna, PLUS dan TNG akan bekerjasama untuk memastikan sistem PayDirect digunakan di seluruh plaza tol PLUS pada pertengahan tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Berita Domestik
Aprilia merupakan model motosikal yang ketiga dibawah kategori automotif yang bersama dengan…
Hezeri Samsuri
Saya capai telefon, dan hubungi kawan-kawan di dalam industri tersebut. Semua mengeluh kerana "…