TNTCO x AUTO BAVARIA MINI lancar koleksi pakaian edisi terhad Chrome

oleh Mohamad Hanif|
Auto Bavaria MINI dengan kerjasama jenama pakaian jalanan TNTCO melancarkan koleksi pakaian eksklusif edisi terhad Chrome yang menampilkan jaket, hoodies dan t-shirt grafik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi terbaharu ini merupakan hasil tangan Yu Jin Lim yang sebelum ini dinobatkan sebagai pereka terbaik menerusi pertandingan rekaan t-shirt yang dianjurkan oleh TNTCO dan juga Auto Bavaria MINI.
 

CHROME


Sejak dilancarkan pada tahun 1959, jenama MINI kerap kali dikaitkan dengan idea-idea yang menarik, inspirasi remaja, kebebasan dan spontan - semangat yang sama dibawakan oleh jenama TNTCO.

Koleksi TNTCO x AUTO BAVARIA MINI ini boleh didapati di kedai mercu Auto Bavaria MINI Lazada Flagship Store di https://www.lazada.com.my/shop/mini-auto-bavaria