TOL PERCUMA PADA 8 DAN 9 FEBRUARI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

oleh Firdaus Razani|
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba, kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada semua kenderaan persendirian pada 8 dan 9 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Cina yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. 

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya yang bermula  pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari (Khamis) dan akan berakhir pada  jam 11.59 malam, 9 Februari (Jumaat) di mana implikasi kewangan  dianggarkan berjumlah RM42.99 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Nanta berkata pengecualian tol itu meliputi semua kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol  Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Tol percuma oleh kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin  berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun  Baru Cina kali ini,” katanya.

 

SUMBER : MalaysiaKini

Berita Berkenaan

Informasi
“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…