Tol percuma: Tetap perlu sentuh kad T 'n Go, lalu lorong RFID

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pengguna Lebuhraya PLUS yang mahu memanfaatkan kadar percuma sepanjang empat hari tawaran, tetap perlu mematuhi peraturan ditetapkan ketika di plaza tol termasuk syarat menyentuh kad Touch 'n Go.


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch 'n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet mereka," katanya.

 

Jelasnya, bagi pengguna kad Touch 'n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

 

Pengguna lebuh raya juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

 

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sebanyak antara 30 hingga 50 peratus mulai 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad.

 

Sehubungan penawaran tol percuma, PLUS meminta pengguna menyusun jadual perjalanan balik kampung dan kembali semula ke ibu kota mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

 

Berdasarkan tarikh pemberian tol percuma selama empat hari itu, PLUS menjangkakan sebahagian besar pengguna lebuh raya akan merebut peluang itu, sekali gus menjadikan tempoh perjalanan di lebuh raya mungkin lebih panjang.

 

Bagi menguruskan lonjakan trafik, PLUS mengambil segala langkah yang munasabah untuk membantu pengguna lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan.

 

"Langkah-langkah sewajarnya telah pun diatur dengan pelbagai persediaan rapi membabitkan aspek perjalanan di lebuh raya, di plaza tol dan juga kawasan-kawasan rehat," kata PLUS.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…