Tol tidak berpalang - kenapa Malaysia masih tidak boleh guna

oleh HEZERI SAMSURI|
Tol tidak berpalang ialah sistem tol yang paling banyak digunakan oleh negara-negara maju.

Ia bermaksud sistem tol yang tidak memerlukan rumah tol, dan oleh itu kesesakan akibat pengguna terpaksa beratur untuk membayar tol tidak wujud.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengguna di Malaysia yang bijak memang sudah lama menerima kenyataan bahawa tol akan tetap wujud. Apa yang tidak dapat diterima oleh mereka ialah kesesakan yang berlaku di rumah tol.

Paling menyeksakan ialah bila kereta yang paling di hadapan tidak mempunyai baki yang cukup di dalam kad TnG dan seluruh barisan terpaksa mengundur ke belakang untuk memberi ruang kepadanya keluar barisan.

Oleh itu Careta bertanyakan kepada Pengarah Efkon Asia, Helmut Blasch mengapa tol tidak berpalang (seperti di Singapura) ini tidak boleh digunakan di Malaysia.

 

 

Efkon berpengalaman dalam industri tol menggunakan sistem infra-red dan RFID dan mereka telah memasang sistem-sistem tersebut di Jerman, India dan banyak negara lain.

Di bawah ialah apa yang Blasch terangkan:

1. Peranti infra-red yang digunakan seperti Smart Tag atau E-Tag boleh digunakan pada kelajuan 100 kmsj. Ini bukan masalah.

2. Masalahnya ialah kerana beberapa faktor, akan wujud kenderaan yang tidak dapat dibaca oleh sistem, bermakna tol tidak dapat dikenakan kepada kenderaan itu. Untuk masalah ini, sistem kedua diperlukan, iaitu sistem video.

3. Sistem video menggunakan teknologi terkini untuk membaca nombor pendaftaran kenderaan yang tidak dapat dibaca Smart Tagnya. Untuk negara maju, ini tidak menjadi masalah kerana nombor pendaftaran pada kenderaan standard dan disediakan oleh kerajaan. Di Malaysia, sistem akan mempunyai masalah untuk membaca nombor-nombor pendaftaran "fancy" yang dipasang sendiri oleh pemilik kenderaan.

 

 

4. Satu lagi masalah yang diterangkan oleh Blasch ialah nombor pendaftaran kenderaan tidak semuanya boleh dikesan kembali kepada pemilik kerana informasi yang tidak dikemaskini. Di Turki, sistem ini digunakan dan 89.3 peratus dari trafik yang melalui sistem tol tidak berpalang di sana dikesan melalui sistem video (kerana sistem RFID atau Infra Red gagal mengesan kenderaan mereka). Di Malaysia, hampir 1.5 juta kenderaan membayar tol dan jika 10 peratus kenderaan gagal dikesan pemiliknya, ini bermakna kerajaan memerlukan satu pasukan khusus untuk mengesan sebanyak 150,000 pemilik kenderaan setiap hari.

5. Akta pungutan tol negara pula hanya membenarkan pungutan tol dilakukan semasa pengguna menggunakan jalanraya tersebut. Ini bermakna pungutan tahunan dengan bayaran tetap tidak boleh dilakukan (seperti di beberapa negara Eropah).

Dalam erti kata lain, pihak kerajaan sebenarnya tidak lagi bersedia untuk menyediakan kesemua prasarana tersebut, walaupun masalah kecil seperti nombor pendaftaran kenderaan yang tidak seragam. 

Mungkin Kementerian Pengangkutan memerlukan tambahan kakitangan dan kemudian bangunan pejabat untuk membuat semua perubahan ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…