Tom Cruise bawa Kawasaki lagi sekali untuk Top Gun 2?

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Aktor kacak yang tidak nampak tua, Tom Cruise bakal kembali dalam filem Top Gun 2.

Top Gun yang pertama yang ditayangkan 33 tahun (1985) menyaksikan pelakon itu menunggang sebuah kawasaki GPZ900, motosikal paling seksi dan paling gempak pada masa itu.

Untuk Top Gun 2 yang sedang dalam peringkat pembuatan, Kawasaki sekali lagi menjadi pilihan bila Cruise dilihat menunggang motosikal yang dipercayai ialah sebuah Kawasaki Ninja H2R di set penggambaran filem itu.

Video di bawah diambil oleh seorang lelaki yang percaya bahawa Cruise yang menunggang motosikal itu semasa penggambaran filem terbaharunya.

 

 

Cruise dikatakan telah berkata bahawa filem sambungan Top Gun, iaitu Top Gun: Maverick sedang dalam proses pembikinan. FIlem ini sebenarnya telah bermula dalam tahun 2010 tetapi berhenti dalam tahun 2012 bila pengarahnya, Tony Scott membunuh diri. Scott ialah adik kepada pengarah asal Top Gun pertama, Ridley Scott.

Penggunaan Kawasaki Ninja H2R memang tepat kerana ia seperti kesinambungan cerita Top Gun pertama. 

Careta berharap akan ada lebih aksi-aksi motosikal di dalam filem terbaharu ini, cuma kalau boleh, jangan ditiru cerita Fast and Furious di mana ada kapal selam dan pelbagai elemen mengarut lain yang wujud dengan niat untuk menjadikan filem itu lebih seronok. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, SUV tersebut dilarikan oleh suspek di luar Birmingham Grand Hotal bersama dengan…
Berita Global
Menurut penerangan, Porsche 911 Targa ini dibeli baru oleh Tom Cruise pada April 1986, tahun yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Sun pada 3 Jun yang lalu, 14 orang termasuk 10 orang kru penggambaran…