Tom Cruise dilihat pandu BMW M5 tanpa pintu untuk Mission Impossible 7!

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara BMW dan francais filem Mission:Impossible telah pun lama terjalin semenjak tahun 2011 lagi menerusi penampilan model konsep i8 pada filem Mission:Impossible - Ghost Protocol, dan BMW M5 dalam filem keenam Fallout.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk installment Mission:Impossible yang ketujuh, BMW nampaknya masih lagi meneruskan kolaborasi dengan francais tersebut dan kelibat model BMW dilihat menerusi satu rakaman video yang diterbitkan oleh SupercarsNews.

Dalam rakaman ringkas tersebut, watak Ethan Hunt yang dilakonkan oleh Tom Cruise dilihat memandu sebuah BMW M5 tanpa kehadiran empat pintu yang sedang melakukan aksi kejar mengejar di jalan Rom yang serba sempit itu.

Turut kelihatan adalah kehadiran kereta kamera Nissan GT-R dan Porsche Cayenne di mana kedua-duanya dilayangkan dalam warna hitam untuk merakamkan aksi tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu di belakang stereng BMW M5 tersebut adalah Tom Cruise, namun berdasarkan track record terdahulu, beliau dilaporkan melakukan sendiri beberapa aksi lasak dalam filem terdahulu.

Filem ketujuh Mission:Impossible ini dijadualkan tayangannya pada 19 November, 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, SUV tersebut dilarikan oleh suspek di luar Birmingham Grand Hotal bersama dengan…
Berita Global
Menurut laporan daripada The Sun pada 3 Jun yang lalu, 14 orang termasuk 10 orang kru penggambaran…
Gaya Hidup
  Tom Cruise sering 'digandingkan' dengan kenderaan pacuan dua roda seperti dalam filem pertama '…