Top Gun 2: Maverick; Kawasaki Ninja H2 pilihan Tom Cruise

oleh SALINA JALIL|
Seringkali apabila sebuah filem dihasilkan, para peminat pasti menantikan aksi-aksi hebat terutama melibatkan sesebuah kenderaan samada motosikal atau pun kereta!


Yang terbaharu adalah aksi Tom Cruise dalam klip video trailer baharu bagi filem Top Gun 2: Maverick (2020).


Ia memberi gambaran awal aksi Tom Cruise menunggang sebuah jentera Kawasaki Ninja H2.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tom Cruise sering 'digandingkan' dengan kenderaan pacuan dua roda seperti dalam filem pertama 'Top Gun' pada tahun 1986. Watak Tom Cruise sebagai juruterbang jet tempur bernama Maverick sering menunggang model Kawasaki GPZ900 setiap kali beliau berada di luar rumah  mahu pun di luar kokpit pesawat.

 

Di laman media sosial pula, beberapa gambar lain yang tersebar menunjukkan Tom Cruise sedang duduk di atas model H2 Carbon di set penggambaran filem Top Gun 2. Ada juga klip lain yang menunjukkan Cruise sedang menunggang motosikal tersebut dan berlumba bersama sebuah jet tempur.
 

 

Filem Top Gun 2: Maverick bakal ditayangkan pada 26 Jun 2020. 


Selain dari filem tersebut, terdapat beberapa lagi filem blokbuster yang menunjukkan Tom Cruise bersama model-model motosikal baharu dan popular lain.


Kebanyakannya dapat dilihat semasa babak-babak dramatik seperti aksi kejar mengejar. Di antaranya adalah motosikal Triumph dan BMW dalam siri filem Mission Impossible hingga kepada Ducati Hypermotard dalam filem Knight and Day.
 

 

1. Mission: Impossible Fallout

Dalam filem ini, Tom Cruise menunggang sebuah BMW R nine T Scrambler semasa babak kejar mengejar di jalan raya kota Paris, beliau telah melawan arus sebelum terbabas.

 


2. Knight and Day

Filem ini pula menyaksikan Tom Cruise di atas sebuah Ducati Hypermotard dan terdapat beberapa babak dalam filem ini membabitkan model Aprilia sebagai jelmaan Ducati!

Ini dibuat semasa aksi lagak ngeri, contohnya semasa membuat babak lompatan. Ia sebenarnya sebuah Aprilia SXV 550 dan bukannya Ducati.

 

 

3. Mission: Impossible 3


Sebenarnya, motosikal Confederate Hellcat F131 ini tidak digunakan dalam rakaman filem Mission: Impossible 3. Ia cuma ditunggang Tom Cruise ke tayangan perdana filem itu di New York.

 

Motosikal ini jarang dilihat kerana dibina dalam skala kecil dan menjadi buruan golongan selebriti sahaja. Lagi pun dengan saiz motosikal ini, ia lebih sesuai dengan pelakun Hollywood ini yang tidak mempunyai ketinggian seperti pelakun aksi yang lain.
 
 

hellcat

Berita Berkenaan

Berita Global
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat…
Berita Global
Menurut laporan, SUV tersebut dilarikan oleh suspek di luar Birmingham Grand Hotal bersama dengan…
Berita Global
Menurut penerangan, Porsche 911 Targa ini dibeli baru oleh Tom Cruise pada April 1986, tahun yang…