Total Lockdown 14 hari dari 1 hingga 14 Jun - MKN bakal umum siapa yang boleh beroperasi 

oleh HEZERI SAMSURI|
Pejabat Perdana Menteri telah mengisytiharkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown) Fasa Pertama untuk seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula dari 1 hingga 14 Jun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan itu tadi, kesemua aktiviti dalam semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector).

Sumber rapat dengan isu tersebut berkata Majlis Keselamatan Negara akan mengumumkan secara terperinci jenis perkhidmatan dan perniagaan apa yang dibenarkan beroperasi dalam masa sehari dua ini.

Jabatan Perdana Menteri membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira situasi Covid-19 terkini di mana jumlah kes negara telah melebihi 8,000 kes sehari dan kes aktif sahaja sudah melangkaui 70,000 kes.

Bernama pula melaporkan bahawa Fasa Kedua dengan pembukaan lebih banyak sektor akan diperkenalkan jika Fasa Pertama itu berjaya menurunkan kadar kes Covid-19. 

Kementerian Kewangan pula akan mengkaji pakej bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…