Touch 'n Go Group terima Anugerah Tertinggi dalam Graduates’ Choice Award 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bertempat di Kuala Lumpur baru-baru ini, Touch 'n Go Group telah memenangi anugerah tertinggi sebagai Majikan Pilihan Siswazah dalam kategori Fintech pada majlis Graduates’ Choice Award 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat itu juga telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 25 syarikat secara keseluruhan sebagai Majikan Pilihan Siswazah.

Graduates’ Choice  Award merupakan anugerah jenama majikan pilihan siswazah dimana ianya ditentukan melalui undian para pelajar universiti di seluruh Malaysia.

Anugerah yang diberikan telah dikira melalui jumlah undian pelajar dari 100 universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Undian itu sekaligus mewakili sebahagian besar suara golongan muda Malaysia yang akan memilih kerjaya mereka termasuk majikan pilihan pada masa hadapan.

 

2

 

Ketua Pegawai Sumber Manusia Touch ‘n Go Sdn Bhd, Erlny Greiss berkata, “Anugerah Pilihan Graduan adalah salah satu pengiktirafan yang paling penting untuk syarikat dalam pengesahan pengurusan bakat, inisiatif sumber manusia dan amalannya."

"Kedua-dua anugerah ini adalah bukti bahawa graduan masa kini percaya kepada Touch ‘n Go sebagai majikan yang bereputasi dalam industri fintech dan melihat nilai transformasi kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

“Kami berusaha untuk membina jenama majikan menarik yang disokong oleh kepimpinan berkesan, penglibatan tinggi pekerja dan budaya berprestasi tinggi."

"Sebagai sebahagian daripada transformasi seluruh syarikat, kami telah memberikan penekanan yang amat besar terhadap kesejahteraan dan pembangunan kerjaya pekerja, serta memupuk budaya tempat kerja yang bertenaga dan inklusif."

"Kami akan terus menumpukan  untuk memberi tumpuan bagi menjadi majikan Diutamakan Rakyat yang kukuh didorong oleh DNA Cinta, Keusahawanan, Ketangkasan dan Semangat."

 

3

 

"Dengan berbuat demikian, ia akan menyediakan persekitaran kondusif dimana pekerja kami boleh berkembang maju dan membina kerjaya yang berjaya.”

Anugerah Graduates’ Choice  Award itu telah dianjurkan dan dihoskan oleh Talentbank dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti di seluruh Malaysia.

Anugerah kali ini juga melibatkan hampir 50 industri yang telah diiktiraf, manakala keputusan undian pula telah diaudit oleh Jawatankuasa Lembaga Audit sebelum diumumkan kepada umum.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…