Toyo Tires Proxes Sport 2 kini di Malaysia, 31 pilihan saiz, dari RM700/unit

oleh Mohamad Hanif|
Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) melancarkan produk tayar terbaharu Proxes Sport 2 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proxes Sport 2 merupakan produk tayar berprestasi tinggi yang direka dengan dua ciri terbaharu bagi memastikan kestabilan pengendalian dan cengkaman yang mantap di atas permukaan basah.
 

proxes


Corak reka bentuk asimetri yang unik menawarkan keseimbangan prestasi yang unggul di atas permukaan jalan yang basah dan juga kering.

Toyo Proxes Sport 2 juga turut menampilkan binaan sebatian bunga asimetri yang terdiri daripada bahan yang fleksibel di bahagian dalam, serta bahan polimer elastik yang lebih tegar di bahagian luar.
 

proxes


Binaan bunga tayar yang berbeza ini dapat memastikan kestabilan pengendalian di selekoh dan meningkatkan cengkaman pada permukaan basah, dibantu dengan penggunaan teknologi termaju seperti T-Mode, Nano Balance Technology dan A.T.O.M.

Toyo Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 pilihan saiz untuk kereta segmen C hingga segmen F, dengan harga jualan bermula dari RM700 seunit hingga RM1,300 seunit bergantung kepada saiz tayar.
 


Dalam masa yang sama, Toyo Tires turut memperlihatkan produk tayar all-terrain Open Country A/T III.

Selain daripada teknologi tayar T-Mode dan Nano Balance, Open Country A/T III ini juga membawakan ciri seperti corak bunga agresif untuk cengkaman mantap atas pelbagai permukaan, serta alur sisi yang dioptimasikan untuk cengkaman off-road yang lebih baik.
 

proxes


Dalam masa yang sama, tayar ini juga menawarkan pemanduan yang senyap dan selesa di atas jalan raya.

Toyo Open Country A/T III boleh didapati dalam 14 pilihan saiz, dengan harga jualan bermula dari RM500 seunit hingga RM1,200 seunit bergantung kepada saiz tayar yang dipilih.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama antara Tengku Djan Ley dan Toyo Tires adalah strategi utama dalam mengukuhkan posisi Toyo…
Berita Domestik
Katanya, pelajar-pelajar yang menerima Program Biasiswa Mahasiswa 2021 terdiri dari kalangan…
Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu, berkata selepas penamatan…