Toyota 4Runner 2025, SUV dengan rupa ala Tacoma, 2.4 turbo dan hibrid

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota 4Runner Trailhunter 2025
Toyota 4Runner Trailhunter 2025
Pikap yang menyerupai kenderaan utiliti sukan (SUV) adalah perkara biasa. Sebagai contoh, Toyota Hilux dengan Fortuner atau Mitsubishi Triton dan Pajero Sport.

Kedua-duanya dibangunkan dari rangka jenis tangga (ladder frame) dan berkongsi perkakasan.

Pada Mei 2023, Toyota melancarkan Tacoma generasi keempat di Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam segmen pikap saiz sederhana. 

Boleh dikatakan Tacoma adalah versi Hilux di AS. Jika sudah ada Hilux, di mana pula Fortuner? Jawapannya pada 4Runner generasi keempat yang baru diperkenalkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota 4Runner 2025

 

Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan dipakaikan badan penuh di belakang.

Tidak 100 peratus sama dan kedua-duanya perlu membawa identiti tersendiri seperti Hilux dan Fortuner. 4Runner bukan baharu dan sejarahnya boleh dijejaki sejak 1981.

4Runner dibangunkan dari pelantar pikap global TNGA-F yang turut digunakan pada Tacoma, Land Cruiser, Tundra dan Sequoia. 

Rangka tangga dipasangkan ampaian depan double wishbone dan pegas pelbagai pautan (multi-link) di belakang.

 

Toyota 4Runner Limited 2025

 

Penggunaan pelantar TNGA-F bukan setakat menambah kekuatan tetapi juga meningkat keselesaan pemanduan dan tingkah lalu di jalan raya. 

4Runnner boleh didapati dalam versi lima atau tujuh tempat duduk dan rangkaian kuasa hibrid i-FORCE MAX boleh menunda sehingga 2,721 kilogram (kg).

i-FORCE MAX ditawarkan kepada pelanggan 4Runner TRD Off-Road dan Limuted dan standard pada TRD Pro, Trailhunter dan Platinum.

Rangkaian kuasa hibrid terdiri daripada enjin 2.4 liter turbo dengan motor elektrik 48 kuasa kuda (hp) dan dipadan bersama transmisi lapan kelajuan.

 

Toyota 4Runner TRD Pro 2025

 

Turut digabungkan bateri NiMH 1.87 kilowatt-jam (kWj) dan secara keseluruhannya menghamburkan 326 hp dan tork 630Nm dan menjadikannya 4Runner paling berkuasa.

Sebuah lagi enjin, 2.4 liter i-FORCE memiliki kuasa 278 hp dan tork 430Nm dan dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan.

Rangkaian kuasa i-FORCE dipasang pada 4Runner SR5, TRD Sport, TRD Off-Road dan Limited.

Berkenaan pacuan, 4Runner ditawarkan dengan pilihan pacuan dua roda (2WD), empat roda (4WD) separuh masa atau 4WD sepenuh masa. 

 

 Toyota 4Runner Limited 2025

 

Model 2WD dilengkapi pembeza gelinciran terhad automatik (Auto LSD) manakala 4WD dilengkapi kotak pindahan dua kelajuan kawalan elektronik dengan julat tinggi dan rendah.

Turut dilengkapi Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRAC) dan Auto LSD. Pengunci pembeza belakang elektronik dijadikan ciri asas pada TRD Off-Road, TRD Pro dan Trailhunter.

4Runner Platinum dilengkapi sistem 4WD sepenuh masa dan pembeza gelinciran tengah dan dijadikan pilihan pada model i-FORCE MAX.

Perkakasan lain yang ditawarkan seperti Stabilizer Bar Disconnect Mechanism, sistem Multi-Terrain Monitor dan sistem Multi-Terrain Select yang berfungsi dalam 4WD-High dan Low.

 

 Toyota 4Runner Limited 2025

 

Pemanduan di atas permukaan muka bumi yang pelbagai dibantu sudut pelepasan depan 32 darjah dan pelepasan belakang 24 darjah. ]

Turut membantu di laluan off-road sistem CRAWL Control baharu dan lebih senyap.

Daripada sembilan varian, 4Runner Trailhunter istimewa dilengkapi penyerap hentak Old Man Emu (OME) 2.5 inci dengan takungan berasingan selain rak bumbung ARB.

Penyerap hentak OME dan tayar Toyo Open Country A/T saiz 33 inci menambah ketinggian depan sebanyak dua inci dan satu setengah inci di belakang.

 

 Toyota 4Runner Trailhunter 2025

 

Model i-FORCE MAX siap dengan corong udara. Lagi kelengkapan seperti palang sisi, plat bawah, lampu LED 20 inci, lampu kabus RIGID dan tulisan khas TOYOTA warna gangsa.

Penyongsang 2400W AC membekalkan kuasa di dalam kabin ruang barangan belakang.

Pada bahagian dalam, papan pemuka 4Runner menyamai Tacoma dan dipasang skrin lapan inci atau 14 inci bergantung pada varian. Skrin pemandu saiz tujuh inci atau 12.3 inci.

Toyota turut menawarkan pengecas Qi tanpa wayar dan Kunci Digital. Sistem Kunci Pintar dilengkapi pada semua varian.

 

 Toyota 4Runner Trailhunter

 

Dari segi teknologi bantuan pemanduan 4Runner 2025 dilengkapi Toyota Safety Sense 3.0 sebagai ciri asas.

Di antara fungsi seperti Kawalan Pandu Radar Dinamik Julat Kelajuan Penuh, Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki dan Bantuan Pemanduan Proaktif (PDA).

PDA berfungsi menggunakan kamera dan radar dengan mengaktifkan brek dan stereng secara lembut. PDA juga boleh mengaktifkan brek ketika memasuki selekoh.

Reka bentuk 4Runner diterajui pereka Toyota CALTY di Michigan dan dipasang di Tahara, Jepun dan bakal tiba di AS pada musim luruh (September - Disember) 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota 4Runner TRD Pro 2025