Toyota Alphard, Vellfire 2023 rasmi dilancarkan - harga dari RM438,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor hari ini secara rasmi melancarkan model MPV mewah serba baharu Toyota Alphard 2023 dan Toyota Vellfire 2023 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju, integrasi teknologi terkini, ruang dalam yang versatil dan luas, serta pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.
 

Alphard V


Toyota Alphard 2023 dikuasakan oleh enjin baharu bersesaran 2.4 liter turbo (T24A-FTS) yang mampu menghasilkan 278 PS dan 430 Nm, dipadankan dengan transmisi Direct Shift 8 nisbah kelajuan.

Sementara Toyota Vellfire 2023 pula mengekalkan enjin 2AR-FE 2.5 liter dengan hamburan kuasa 182 PS dan daya kilas 235 Nm, serta kotak gear Super CVT-i tujuh kelajuan, namun mendapat kelengkapan pendakap depan yang menambah tahap ketegaran casis, menjadikan pemanduan yang lebih sporti.
 

Alphard


Ruang kabin Alphard dan Vellfire menawarkan pengalaman mirip seakan berada di dalam sebuah jet peribadi, membawakan kemasan kulit dan ira kayu, bumbung kaca panorama, serta keselesaan tempat duduk yang dilengkapi dengan fungsi pemanasan, pengudaraan, dan fungsi urut (khas untuk model Alphard).

Standard untuk kedua-dua model ialah kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense termaju, termasuklah sistem kawalan jelajah radar dinamik (DRCC), amaran keluar lorong (LDA), bantuan papan tanda jalan (RDA), serta sistem suluhan tinggi adaptif (AHS) yang dipertingkat.
 

Alphard


Terdapat empat warna menarik disediakan termasuklah Platinum White Pearl, Precious Metal, Hitam dan Precious Leo-Blond (Alphard sahaja).

Harga jualan bermula dari RM438,000 untuk model Vellfire 2.5L, sementara Alphard 2.4T Executive Lounge dijual pada harga bermula dari RM538,000.
 

Alphard


Spesifikasi lanjut Toyota Alphard dan Vellfire boleh dirujuk pada pautan di bawah:

Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge 2023

Toyota Vellfire 2.5L 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Berita Global
Berdasarkan video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram @infoponorogo, peniaga wanita itu…
Model Terbaharu
Untuk pasaran tempatan, Toyota Alphard 2023 akan ditawarkan dengan enjin 2.4 liter turbo T24A-FTS…