Toyota asingkan jenama Century, status lebih mewah berbanding Lexus - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Century yang selama ini sinonim dengan limosin yang dipandu oleh drebar (chauffeur) bakal diasingkan daripada Toyota untuk menjadi sebuah jenama ultra mewah yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk memperkenalkan Century sebagai sebuah jenama yang boleh berdiri dengan sendiri.
 

Century


Lebih menarik lagi, jenama Century itu akan diposisikan sebagai jenama yang lebih mewah berbanding penawaran jenama mewah Lexus sedia ada.

Sejak berdekad-dekad lamanya, Toyota Century berperanan sebagai sedan yang paling premium untuk membawa golongan seperti eksekutif syarikat, Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan, serta keluarga diraja Jepun.
 

Century


Tahun lepas, penawaran Century diperluaskan dengan kehadiran model baharu Century SUV yang dapat memberikan saingan kepada Bentley Bentayga dan Rolls-Royce Cullinan.

Seperti sebuah kanvas ‘kosong’, spesifikasi Century boleh disesuaikan bergantung kepada permintaan pelanggan, seperti contoh terdapat versi yang boleh dilengkapi dengan pintu belakang jenis gelangsar.
 

Century


Ada juga pihak ketiga yang sudah meminta Toyota menghasilkan Century versi convertible, seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini.

Sumber: Forbes via Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model-model kereta penumpang Toyota yang lain, Century SUV ini dikategorikan di dalam…
Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…
Berita Global
Salah satu daripadanya merupakan Toyota Century, kereta sedan yang biasanya digunakan untuk membawa…